"IBU, BANGKITLAH JANGAN REBAH"

Menemui Kembali Kekuatan Diri di Sebalik Ujian dan Air Mata

Sebuah kompilasi penulisan dari facebook Atie Baharain tentang perjalanan hidup seorang ibu.

Pernah tak…

Kau rasa terlalu penat untuk terus kuat?
Kau bangun setiap pagi, urus anak-anak, fikir pasal duit, rumah, makan minum dan seribu satu masalah…
Tapi bila malam tiba dan semua orang sudah tidur…
Barulah kau ada masa untuk menangis.
Dalam diam.
Sebab kau tahu….

Esok pagi, kau tetap kena bangun semula.
Untuk ibu yang sedang membaca ini…
Mungkin kau bukan lemah.
Mungkin kau cuma terlalu lama menjadi kuat seorang diri.
Terlalu lama memendam.
Terlalu lama tersenyum di depan anak-anak walaupun hati sendiri sedang hancur.
Terlalu lama berkata,

“Tak apa… aku boleh.”

Sedangkan dalam hati, kau sendiri tertanya-tanya…
“Sampai bila aku kena kuat macam ni?”
Kalau itu yang sedang kau rasa…

Buku ini mungkin untuk kau.
INI BUKAN SEBUAH NOVEL.

Ini bukan cerita yang direka untuk membuatkan orang menangis.
Ini adalah kompilasi penulisan sebenar yang pernah dikongsikan oleh Atie Baharain di Facebook.
Tulisan yang lahir daripada kehidupan sebenar.
Daripada pengalaman.
Daripada kegagalan.
Daripada perjuangan.
Daripada air mata.
Dan daripada usaha seorang ibu untuk terus berdiri walaupun hidup berkali-kali cuba menjatuhkannya.

SEORANG WANITA.
DUA PERNIKAHAN YANG GAGAL.
ENAM ORANG ANAK.
DAN BERIBU SEBAB UNTUK MENYERAH…

Tetapi dia memilih untuk tidak menyerah.
Atie pernah menjadi seorang ibu tunggal.
Pernah melalui kegagalan dalam perkahwinan.
Pernah berjuang mencari rezeki sambil membesarkan enam orang anak.
Pernah jatuh.
Pernah menangis.
Pernah kehilangan arah.
Dan ada hari-hari tertentu…
Dia sendiri tidak tahu dari mana lagi kekuatan itu mahu dicari.
Tetapi setiap kali hampir rebah…

Ada suara yang memanggil.
“Mama…”

Dan itu sudah cukup untuk membuatkan dia bangun semula.
KADANG-KADANG, ANAK-ANAK ADALAH SEBAB KITA TERUS HIDUP.

Buku ini membawa pembaca menyelusuri pelbagai kisah.

Dan tentang bagaimana, dalam keadaan yang paling sukar sekalipun…

Allah sentiasa mempunyai cara untuk menghadirkan pertolongan.

“AKU BUKAN KUAT.”

Aku cuma tak ada pilihan selain terus bangun.
Mungkin itulah yang akan kau rasa apabila membaca setiap halaman buku ini.
Kerana kekuatan bukan bermaksud kita tidak pernah menangis.
Kekuatan bukan bermaksud kita tidak pernah jatuh.
Dan kekuatan bukan bermaksud hidup kita sempurna.

Kadang-kadang…
kuat itu ialah menangis malam ini, kemudian bangun semula esok pagi.

Kuat itu ialah tetap memasak walaupun hati sedang hancur.
Kuat itu ialah tetap memeluk anak walaupun diri sendiri sedang memerlukan pelukan.
Kuat itu ialah tetap mencari rezeki walaupun badan sudah terlalu penat.
Dan kadang-kadang…

kuat itu cuma bermaksud kita memilih untuk tidak menyerah hari ini.

E-BOOK INI UNTUK SIAPA?

SATU PESANAN DARIPADA ATIE…
Lelah boleh.
Menangis boleh.
Berehat boleh.
Jatuh boleh.


TAPI MENYERAH, JANGAN.


Kerana kita mungkin tidak sekuat yang orang lain sangka.
Tetapi dengan izin Allah…
Kita mungkin jauh lebih kuat daripada yang kita sendiri percaya.

DAPATKAN SEKARANG !

📖 IBU, BANGKITLAH JANGAN REBAH

Menemui Kembali Kekuatan Diri di Sebalik Ujian dan Air Mata

Sebuah kompilasi penulisan Facebook daripada: ATIE BAHARAIN

Ooppss... NANTI DULU !

🔥 JANGAN INGAT DAPAT 1 EBOOK SAHAJA! 🔥

Kalau korang dapatkan ebook “Ibu, Bangkitlah Jangan Rebah” sekarang, korang akan dapat 2 buah lagi ebook yang bernilai RM 49.90 secara PERCUMA

3 ebook untuk menemani hati yang sedang diuji, penat dan mencari kekuatan. 🤍

REDHA DENGAN IKHLAS

Ramai yang redha tanpa ikhlas, dan ikhlas tanpa redha.

UNTUK ANDA YANG MASIH TERLUKA…

Mungkin anda pernah dikhianati.

Mungkin pernah dipandang rendah.

Mungkin pernah kehilangan seseorang yang sangat disayangi.

Mungkin pernah memberikan yang terbaik tetapi tetap tidak dihargai.

Atau mungkin anda sedang melalui sesuatu yang tidak mampu anda ceritakan kepada sesiapa.

Ebook ini bukan untuk mengatakan bahawa anda tidak boleh menangis.

Anda boleh menangis.

Anda boleh sedih.

Anda boleh kecewa.

Tetapi selepas itu…

Belajarlah untuk kembali kepada Allah.

CAKAP DENGAN ALLAH

Tanya Allah. Minta dengan Allah. Serahkan kepada Allah.

Berceritalah kepada ALLAH…

Ceritakan apa yang kita rasa.

Luahkan apa yang terbuku di hati.

Mengadulah tentang masalah kita.

Menangislah dalam doa.

Dan serahkan segala urusan kepada ALLAH.

Kerana mungkin manusia tidak memahami apa yang kita lalui…

tetapi ALLAH Maha Mengetahui apa yang ada di dalam hati kita.

Buku ini ditulis dengan bahasa yang mudah dan dekat dengan kehidupan seharian, sebagai teman untuk kita sama-sama belajar kembali meletakkan ALLAH sebagai tempat pertama untuk kita mengadu, berharap dan berserah.

Ebook "Ibu, Bangkitlah Jangan Rebah!" Versi Bercetak

Atas permintaan dari Follower Atie yang mahukan Ebook "Ibu,Bangkitlah" ini versi bercetak, Atie buka jualan PRE ORDER untuk kumpul tempahan Ebook "Ibu,Bangkitlah" ini versi bercetak

Yang buat tempahan versi bercetak akan dapat sekali versi EBOOK (Digital) dan Versi Bercetak

Versi bercetak adalah PRE ORDER dan ambil masa untuk kumpul order

Siapa Saya?

Atie Baharain bukan seorang penulis.

Aku ialah seorang ibu kepada enam orang anak, seorang usahawan dalam dunia baking dan seorang wanita yang melalui pelbagai fasa kehidupan—daripada jatuh, gagal, kehilangan, membina semula kehidupan, hinggalah belajar untuk bangkit semula.

Selama bertahun-tahun, Atie berkongsi kisah kehidupan, perjuangan sebagai seorang ibu, perjalanan mencari rezeki, dunia baking, anak-anak, ujian dan pengalaman hidup melalui penulisan di Facebook.

Apa yang bermula sebagai luahan dan coretan peribadi akhirnya mendapat tempat di hati ramai pembaca.

Ada yang membaca untuk mencari kekuatan.

Ada yang membaca kerana melihat sebahagian kisah hidup mereka dalam tulisan Atie.

Dan ada yang terus mengikuti perjalanan hidupnya sejak bertahun-tahun lalu.

Sebagai seorang ibu, Atie percaya bahawa hidup tidak semestinya berjalan seperti yang kita rancang. Ada masa kita jatuh. Ada masa kita hilang arah. Ada masa kita terpaksa membina semula kehidupan daripada bawah.

Tetapi selagi masih ada nafas, masih ada harapan.

Hari ini, sebahagian daripada coretan yang pernah dikongsikan di Facebook dihimpunkan dalam sebuah e-book:

IBU, BANGKITLAH JANGAN REBAH

Sebuah kompilasi penulisan tentang kehidupan, keibuan, anak-anak, rezeki, kehilangan, perjuangan dan kekuatan untuk terus bangkit di sebalik setiap ujian dan air mata.

“Aku bukan menulis kerana aku sudah kuat.
Aku menulis kerana dalam setiap perjalanan hidup, aku juga sedang belajar untuk menjadi lebih kuat.”

Atie Baharain
Ibu • Usahawan • Baker • Penulis?